fbpx

Malaysia perlu teroka strategi terajui industri halal – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi dalam Ekonomi Islam (i-RISE) di ibu negara, hari ini. - Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu meneroka strategi lebih menyeluruh untuk menerajui industri halal global yang dianggarkan mencecah nilai trilion dolar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak boleh berpuas hati sekadar menjadi pusat pensijilan halal.

“Apa maknanya jika kita hanya keluarkan sijil halal, tetapi gagal meneroka pasaran baharu.

“Kita perlu libatkan industri tempatan dalam usaha sama supaya ada kepentingan ekonomi yang saling menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi dalam Ekonomi Islam (i-RISE) di ibu negara, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia perlu melangkah lebih jauh dengan membina kerjasama strategik dan usaha sama rentas sempadan.

Menurut beliau, ia termasuk membabitkan syarikat Malaysia dalam projek halal di negara luar seperti China, Vietnam dan Poland.

Ujar beliau, agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam perlu digerakkan bersama pihak lain seperti HRD Corp untuk tujuan itu.

“Merangka latihan, penyelidikan dan dasar yang lebih menyeluruh untuk membangunkan ekosistem halal secara mampan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI