fbpx

[VIDEO] Lebuh Raya MEX sesak luar biasa kemalangan 5 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik dari R&R Seri Kembangan dilaporkan sesak luar biasa sejak pukul 6.30 pagi tadi.

PETALING JAYA – Trafik dilaporkan sesak luar biasa di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan menghala ke Bukit Jalil ekoran kemalangan melibatkan lima buah kenderaan.

Menerusi video tular di Facebook Sepang Viral, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Ekoran kejadian itu, lorong kanan dan tengah terhalang menyebabkan trafik menjadi perlahan.

Difahamkan, setakat pukul 8 pagi, kesemua kenderaan terlibat sudah dialihkan ke tepi, namun keadaan trafik masih lagi sesak disebabkan pertambahan kenderaan menuju Cyberjaya, Putrajaya dan Sepang.

Sementara itu, salah seorang pemilik kenderaan difahamkan dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk membuat laporan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI