fbpx

Kecurian kabel punca enam tren terjejas – KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki warga Bangladesh ditemui maut dipercayai dilanggar komuter dalam kejadian di Landasan KTM, Taman Puncak Utama Jade Hill, Kajang, malam tadi. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kes kecurian kabel sepanjang 350 meter (m) di tiga laluan utara menyebabkan berlakunya kelewatan selama lebih satu jam semalam.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha, antara lokasi terjejas adalah Tapah Road-Sungkai (KM250.5) melibatkan kecurian kabel sepanjang 200m, Kamunting-Bukit Merah-Bagan Serai (110m) dan Simpang Ampat – Bukit Mertajam (40m).

Sebanyak lima tren terjejas melibatkan laluan KL Sentral – Butterworth, Padang Besar – KL Sentral, Segamat – Padang Besar, Butterworth – Segamat, Butterworth – KL Sentral yang mengalami kelewatan 80 hingga 115 minit.

“(Tiga) kejadian ini sebahagian daripada 45 kes kecurian kabel yang direkodkan di sektor utara dari januari hingga Mei lalu,”

“Kecurian sebegini merupakan satu bentuk sabotaj terhadap infrastruktur rel yang boleh mengancam keselamatan penumpang selain melumpuhkan sistem pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya merekodkan kerugian sebanyak RM1.28 juta, manakala RM162,000 pula dicatatkan tahun ini setakat Mac lalu.

Sementara itu, perkhidmatan KTM komuter Utara yang menghubungkan Ipoh dan Butterworth, walaupun tidak seteruk tren jarah jauh, tetap mencatatkan purata kelewatan sekitar setengah jam bagi setiap perjalanan.

Semalam, KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para penumpang dan kekal komited dalam memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan perkhidmatan tren demi kepentingan rakyat dan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI