PETALING JAYA – Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berharap kejadian nahas di Gerik, semalam tidak berulang lagi di masa hadapan.
Menurut Wazi, keadaan jalan yang tidak jelas dan tindakan berisiko mendahului kenderaan di selekoh mungkin menjadi antara punca kejadian tragik itu berlaku.
“Moga mangsa ditempatkan di taman-taman syurga. Jangan mudah salahkan takdir jika kita sendiri gagal mengambil langkah yang sewajarnya untuk lebih beretika ketika di jalan raya.
“Kepada pihak berkuasa, seriuslah untuk lakukan perubahan yang wajib untuk menghindarkan perkara ini dari terus berlaku di masa depan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Semalam, Kosmo! melaporkan 15 individu maut dalam nahas melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sebuah Perodua Alza di JRTB berhampiran Gerik. – KOSMO! ONLINE