PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Kedah (Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).
“Cuaca buruk itu turut melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) serta seluruh daerah negeri Terengganu.
“Bagi Pahang, hujan lebat melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE