fbpx

Hujan lebat di KL, Putrajaya pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 10 pagi ini.

Katanya, hujan lebat dijangka melanda di Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling), Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran) dan Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Jelebu, Negeri Sembilan manakala di Johor kawasan yang terjejas termasuk Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI