fbpx

Holgado, Garces debut bersama Harimau Malaya malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Facundo Garces antara pemain yang diletakkan dalam kesebelasan Harimau Malaya malam ini. - Foto ihsan Malaysia NT

KUALA LUMPUR – Seperti dijangka, empat pemain warisan ‘gred A’ diserap dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Skuad kendalian Peter Cklamovski itu membariskan Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Facundo Garces dalam kesebelasan manakala seorang lagi pemain warisan baharu, Imanol Machuca dalam senarai simpanan.

Secara keseluruhan, skuad negara meletakkan sembilan pemain berdarah kacukan termasuk Dion Cools, La’vere Corbin-ong, Matthew Davies, Hector Hevel dan Nooa Laine.

Dua ‘anak tempatan’ yang menjadi sandaran Harimau Malaya kali ini adalah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (MVP), Arif Aiman Hanapi dan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi.

Cklamovski dijangka menerapkan formasi 3-5-2 untuk mengekang asakan Vietnam yang menduduki ranking ke-101 dunia ketika ini.

Dijangka hampir 80,000 penyokong hadir pada aksi kelayakan dengan Malaysia dalam misi menamatkan badi tanpa kemenangan ke atas Vietnam sejak 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI