fbpx

Dua sahabat maut, empat cedera kereta langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA sekawan maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 168.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, Tangkak petang semalam.

TANGKAK – Dua sekawan maut manakala empat yang lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer (KM) 168.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 6.30 petang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan treler.

“Hasil siasatan mendapati, kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki empat lelaki dan dua wanita warga tempatan dari Johor Bahru menghala ke Merlimau, Melaka.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang treler yang berhenti di laluan kecemasan akibat kerosakan tayar.

“Akibat perlanggaran tersebut, B. Karpagan, 28 dan V. Durga Darsny, 24, yang berada di sebelah tempat duduk belakang Vios telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Roslan, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI