fbpx

‘Dengan reda ibu bapa, yang bodoh boleh jadi pandai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih sedekad mengukuhkan nama dalam industri seni, pelakon Reen Rahim bersyukur meraih pengiktirafan pertama sepanjang kariernya iaitu anugerah Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025.

Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 37, berkata anugerah yang diterima pada 29 Mei itu disifatkan terlalu besar, sekali gus ingin dikongsi dengan insan tercinta, terutama keluarga termasuk ibu dan bapanya

“15 tahun dalam industri seni, saya tidak pernah diangkat dan dihargai.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penghargaan ini.

“Saya tidak sangka acara ini mengangkat nama Noreen Ashikin Abdul Rahim seorang wanita biasa daripada keluarga biasa.

“Saya rasa terlalu kerdil untuk bagi ucapan kat depan ini sebab semua orang hebat tapi saya nak beritahu ‘VVIP’ saya iaitu mak ayah dan mentua saya terima kasih atas doa dan redanya,” katanya dalam ucapan semasa menerima anugerah.

Dalam masa sama, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menegaskan reda daripada ibu dan bapanya sangat penting untuk melakukan apa-apa dalam kehidupan.

Dia tidak ketinggalan memohon doa ramai supaya namanya lebih dikenali selain akan sentiasa merendah diri.

“Saya nak minta tolong sampaikan dekat semua dengan reda dan doa ibu bapa, yang bodoh boleh jadi pandai.

“Yang miskin boleh jadi kaya dan yang biasa, boleh jadi luar biasa. Mohon doakan saya dengan suami semoga kami menjadi seseorang yang dikenali.

“Semakin tinggi kami pergi semakin rendah diri kami. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada kalian semua,” ujarnya.

Sebelum ini, Reen dan suaminya, Hazim Zainal menghadiri majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 anjuran NiagaTimes kali kesembilan.

Selain pengiktirafan tersebut, pasangan yang menjual produk penjagaan diri itu turut menerima anugerah Perniagaan Cemerlang Tahunan 2025 dalam acara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI