fbpx

Bomba bantu budak lelaki ‘ehem’ tersepit zip seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengambil masa lima minit untuk memotong sebahagian zip seluar kanak-kanak berkenaan menggunakan gunting.

SEREMBAN – Seorang wanita meminta bantuan anggota bomba selepas bahagian sulit anak lelakinya tersepit pada zip seluar dalam kejadian di kawasan Rehat & Rawat Senawang di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Muhamad Khairul Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.03 petang.

Menurutnya, ketika pasukan tiba di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun beralamat di Sabak Bernam, Selangor tersepit kulit bahagian sulit di tandas RNR berkenaan.

“Pasukan bomba mengambil masa lima minit untuk memotong sebahagian zip seluar menggunakan gunting. Difahamkan, mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang bercuti di Melaka ke Sabak Bernam,” katanya, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI