fbpx

‘Apalah nasib tiba-tiba pokok tumbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TULAR video rakaman kamera papan pemuka seorang pemandu e-hailing wanita merempuh sebatang pokok yang tumbang secara tiba-tiba di Jalan Gapam, Ayer Keroh di sini, petang tadi.

MELAKA – Seorang pemandu e-hailing wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya ditimpa sebatang pokok yang tumbang di Jalan Gapam, Ayer Keroh di sini, petang tadi.

Menerusi klip video papan pemuka yang tular, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika mangsa yang memandu sebuah kereta jenis Proton Iriz sedang melalui lorong kanan jalan dua hala di kawasan tersebut.

Mangsa bagaimanapun dilihat tidak sempat mengelak dan merempuh pokok berkenaan sehingga menyebabkan bahagian hadapan kenderaan dan sisi tempat duduk penumpang mengalami kerosakan.

“Apalah nasib tiba-tiba pokok tumbang dekat Ayer Keroh,” kata mangsa dalam nada sebak dan menerusi rakaman video berdurasi 30 saat itu.

Kejadian itu turut menyebabkan laluan dua lorong tersebut terhalang sepenuhnya, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI