fbpx

Ahli Respa diminta kemas kini data, mudahkan salur faedah kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob (kiri) bergambar selepas merasmikan mesyuarat Agung Respa kali ke-41 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

CHERAS – Semua ahli Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) digesa mengemaskini maklumat dalam Sistem e-Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan penyaluran faedah serta ganjaran oleh kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beliau berbesar hati dan menghargai komitmen Respa yang sentiasa aktif memperkasakan peranan pesara polis.

“Respa membuka ruang kepada pesara untuk terus menyumbang, menjadi mata dan telinga PDRM dalam memperkukuh keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Respa kali ke-41 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis turut menyaksikan penyerahan dana berjumlah RM51,712, hasil kutipan ahli Respa kepada waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan yang diwakili Deputi Superintendan Muhamad Amin Mat Yassin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI