fbpx

[VIDEO] Nahas UPSI: Pemilik dashcam tular tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman dashcam tersebut yang tular di media sosial.

IPOH – Seorang pemilik kamera papan pemuka (dashcam) tampil membantu siasatan tragedi kemalangan bas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, rakaman dashcam berkenaan dipercayai merakam detik-detik sebelum kejadian dan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk dianalisis.

“Setakat ini, hanya seorang pemilik dashcam tampil secara sukarela dan rakaman itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat yang bertanggungjawab. Kenyataan daripada individu berkenaan juga akan diambil dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Menurut beliau, rakaman tersebut dijangka membantu pihak berkuasa mengenal pasti keadaan sebenar jalan raya, pergerakan bas serta situasi lalu lintas di sekitar lokasi kejadian.

“Saya sendiri telah meninjau lokasi kejadian dan mendapati keadaan jalan amat gelap dan tiada sebarang garisan penanda. Ia sememangnya berisiko tinggi kepada kenderaan berat.

“Mujur bas tidak terjunam ke dalam gaung berhampiran. Kebanyakan mangsa yang maut dipercayai duduk di bahagian kiri bas dan ditemukan di dalam longkang bersebelahan lokasi kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, 13 jenazah telah selesai dibedah siasat dan akan dihantar pulang ke Terengganu secara serentak.

Menurut beliau, proses pelepasan jenazah dijangka dilakukan secara berkonvoi melalui laluan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Kuala Kangsar, Gerik, Jeli dan seterusnya ke sempadan Kelantan–Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI