fbpx

[VIDEO] ‘Bagus mak dia, siap tenangkan anak sekali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak yang hilang ketika ibunya ke tandas di sebuah pusat beli belah.

PETALING JAYA – Sikap tenang seorang ibu ketika berhadapan detik cemas kehilangan anak perempuannya di sebuah pusat beli-belah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @Cyonesyazwan007, yang juga seorang pekerja di sebuah kedai kasut di pusat beli belah berkenaan.

Dalam klip itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berada dalam keadaan ketakutan dan beberapa kali ulang-alik lalu di hadapan kedai tersebut, dipercayai sedang mencari ibunya.

Menurutnya, dia kemudian bertindak membantu dengan memimpin tangan kanak-kanak tersebut untuk menenangkannya walaupun sempat ditolak kerana ketakutan.

“Saya terus ambil dia pimpin masuk ke kedai, waktu ini dia mula mahu menangis.

“Suruh dia duduk di sofa tapi dia geleng kepala tanda tidak mahu, bagus betul didikan ibu bapa anak ini,” tulisnya dalam klip tersebut.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak itu muncul dalam keadaan tenang sebelum segera memeluk anaknya.

Difahamkan, si ibu telah ke tandas dan secara tidak sengaja meninggalkan anaknya di luar seorang diri.

“Mummy (ibu) dia pun datang waktu itu, rupanya emak dia ke tandas dan tertinggal dia dekat luar keseorangan,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan orang ramai rata-rata memuji sikap tenang ibu berkenaan dalam mengendalikan situasi.

“Ada baiknya mak dia tak gelabah. Kalau emak dia gelabah, lagi teruk anak dia menangis . Sudah satu hal melalak tengah mall (pusat beli belah), semua nak viral cakap emak tak reti jaga anak,” kata Ami.

“Bagus emak dia peluk tenangkan dia. Ada setengah emak pernah nampak marah-marah anak dia. Padahal, dia yang lalai pergi marah anak pula hilang,” komen Ira.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan, walaupun untuk tempoh yang singkat memandangkan ia berisiko terhadap keselamatan kanak-kanak.

“Patutnya bawa masuk sekali dalam tandas. Jangan tinggalkan dia keseorangan di luar. Sangat bahaya,” ujar Eykien.

“Kalau saya masih tetap bawa anak masuk sekali. Kalau tak pun, saya masuk anak berdiri betul-betul depan pintu,” balas Emmafung. – KOSMO! ONLINE

@cyonesyazwan007 Pengalaman terjumpa budak hilang waktu kerja mall dulu. Seronok tengok muka mak dia bila dh jumpa anak dia 😇 #pengalamanhidup #pengalamankerja #thankyou #terimakasih #lifejourney #beautifulpeople #alhamdulillah❤️ #alhamdulillah #dahulukala🤣 #foryou #foryoupage ♬ Sampai Jadi Debu (Menampilkan Gardika Gigih) – Banda Neira

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI