fbpx

[VIDEO] Air mata di UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang pensyarah menangis ketika aktiviti kuliah di UPSI hari ini.

PETALING JAYA – Suasana pilu menyelubungi kuliah pagi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim berikutan pemergian 15 warga universiti itu yang maut dalam nahas di Gerik, Perak awal pagi tadi.

Seorang pensyarah, Zulfiqar Shah A. Hadi dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa sedih yang mendalam atas kehilangan anak-anak didiknya.

“Permulaan kelas tadi suasana pilu di UPSI. Sungguh kami berduka. Lima mahasiswi, anak didik kami di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) UPSI terlibat dalam kemalangan.

“Dua daripada mereka meninggal dunia, seorang kritikal (pembedahan segara di kepala, seorang cedera teruk dan seorang patah tangan,” katanya.

Hantaran tersebut turut menerima ucapan takziah daripada pengguna media sosial terutama alumni UPSI.

“Takziah buat keluarga mangsa. Semoga Allah merahmati mereka dan memberikan kekuatan kepada yang ditinggalkan,” kata Khairul Hamzi.

“Semoga ganjaran dan nikmat baik buat arwah. Saya bekas pelajar UPSI turut berasa hiba, pilu dan berduka,” kata Suria Miskam.

Dalam kejadian pukul 1.10 pagi itu, sebuah bas membawa 42 pelajar dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa 15 pelajar universiti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI