PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita cantik dari Sabah dilihat bergelut dengan tiupan angin ribut sambil tetap tabah menjaga gerai jualannya.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah tapak niaga terbuka ketika cuaca mula ‘berpusing kepala’ dengan wanita tersebut dilihat berpaut erat pada tiang khemah jualannya seolah-olah sedang bertarung dengan angin puting beliung mini.
Namun apa yang menarik, walaupun keadaan nampak genting, dia masih sempat tersenyum dan melambai ke kamera, sambil sebelah tangannya sedang memegang tiang khemah.
Rata-rata netizen terhibur dengan situasi luar biasa itu dan mula meninggalkan pelbagai komen.
“Ribu-ribut pun sempat buat rakaman, lagi power oh,” tulis Paraii27.
“Kena ribut pun masih cantik… aku kena ribut muka terus hilang bentuk,” kata K Corbeau.
“Jangan kau terbang! Susah ini aku mahu tangkap,” celah Latif Aziz.
Ada juga yang berseloroh, wanita itu patut jadi ikon ‘Miss Ribut Sabah 2025’ kerana berjaya mempertahankan gerainya daripada terbang ke awan. – KOSMO! ONLINE
@canneysha_butotmataiii la ni hujan ni maradang kopio ou😭😭😭🤣🤣🤣macam mana mo menjual inii♬ suara asli – Seon Music