fbpx

[VIDEO] Suasana hiba iringi perjalanan 15 van jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perjalanan 15 buah van jenazah NGO dari Jertih, Terengganu mendapat perhatian ramai hari ini.

PETALING JAYA- Perjalanan 15 buah van jenazah dari Jerteh, Terengganu untuk mengambil jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik mengundang sebak orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Facebook pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Mr. Wan Chai, sebanyak 15 van jenazah disediakan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu manakala sebuah van daripada UPSI.

Perjalanan kesemua van jenazah ke Hospital Ipoh itu kini dilaporkan telah melepasi kawasan nahas di kawasan Tasik Banding.

Suasana hiba mengiringi perjalanan konvoi tersebut selain orang ramai berdoa agar segala usaha dan perjalanan mereka selamat sehingga pengurusan jenazah pelajar terlibat selesai sepenuhnya.

“Suasana macam ni memang kita tak mahu tengok, tapi Allah sayangkan mereka semua. Saya harap semua akan berjalan lancar,” kata Hiesham Fauzi.

“Allahu, sedihnya tengok, memang kita tak mahu tengok keadaan seperti ini, tapi apakan daya tuhan telah tetapkan ajal mereka sebegini, al-Fatihah,” kata Hafiz Muhamad. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI