fbpx

Suami kelar isteri hingga mati dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK yang disyaki mengelar leher isterinya hingga mati akan dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak esok.

TANGKAK – Suami yang disyaki mengelar isteri menggunakan pisau pemotong sayur hingga mangsa maut di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Isnin minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi pemberita berkata, suspek yang berusia 33 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, suspek juga akan berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

“Kertas siasatan terhadap suspek telah lengkap dan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Johor (PPNJ).

“Polis menerima arahan supaya pertuduhan ke atas suspek dijalankan di Mahkamah Majistret Tangkak esok,” katanya.

Terdahulu, pada 4 Jun lalu, Kosmo! melaporkan suspek direman selama tujuh hari dan berakhir esok.

Dalam kejadian antara pukul 4.15 hingga 4.30 petang, 2 Jun lalu, suspek disyaki mengelar isterinya berusia 34 tahun yang bekerja sebagai kerani hingga maut di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, di sini.

Sebaik mengelar isteri, suspek kemudian melarikan diri ke rumah keluarga mentuanya di Kampung Durian Chondong, di sini, lalu bertindak membakar kenderaan.

Namun, difahamkan, tindakan suspek disedari ahli keluarga mentua terbabit sebelum lelaki itu melarikan diri dan pulang ke rumahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI