fbpx

Semoga roh mereka dicucuri rahmat – Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas dan Perodua Alza.

PETALING JAYA – Kemalangan jalan raya mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi ini sangat menyedihkan dan menyentuh perasaan.

Presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau menyifatkan tragedi itu suatu berita yang tiada siapa mengharapkan akan terjadi.

“Takziah kepada ahli keluarga mangsa. Semoga roh mereka yang meninggal dunia dicucuri rahmat
dan mereka yang cedera segera sembuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi ini.

Difahamkan bas itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI