fbpx
Tangkap layar rakaman dashcam tersebut yang tular di media sosial.

Rakaman ‘dashcam’ papar bas memotong laju sebelum terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu klip video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan sedang tular di media sosial memaparkan sebuah bas terbalik selepas memotong kenderaan lain di kawasan selekoh.

Rata-rata orang ramai mengkritik cara pemanduan bas persiaran tersebut yang dilihat dipandu dalam keadaan berbahaya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengaitkan kenderaan tersebut dengan kemalangan yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak awal pagi tadi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan dibuat oleh pihak berkuasa berhubung rakaman tular tersebut.

“Apa-apapun kita tunggu siasatan pihak berkuasa. Kalau salah tindakan undang-undang paling tinggi perlu dijatuhkan,” kata Pak Ya Jamut.

“Ya Allah, pemandu ini nak ke mana laju-laju, insiden itu boleh dielakkan kalau tiada pemandu yang sanggup bawa bahaya seperti ini,” kata Farah Nadia.

“Tunggu bedah siasat siap, pihak berkuasa kumpul bukti. Undang-undang perlu ditegakkan. Masya-Allah ini kejadian paling hiba pada musim perayaan kali ini,” kata Hafif Mustapa,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN