fbpx

Piala Dunia Kelab: Al-Ain impikan kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-AIN mara ke Piala Dunia Kelab 2025 menerusi tiket juara Liga Juara-Juara Asia edisi 2023/24.

MENGAMBIL kira pencabar dalam Kumpulan G Piala Dunia Kelab 2025, Al-Ain boleh dianggap pasukan bertuah kerana tidak dihimpit tekanan tambahan.

Rekod pertandingan sebelum ini tidak pernah menghadirkan kejutan daripada wakil Asia di mana juara lebih didominasi oleh pasukan-pasukan Eropah dan Amerika Selatan.

Andai perbandingan diambil kira, tiada siapa pun yang akan memilih Al-Ain untuk melepasi peringkat kumpulan pada saingan Piala Dunia Kelab 2025.

Bagaimanapun, status bukan pilihan tidak bermakna Al-Ain akan mudah menyerah, sebaliknya sudah mengambil langkah penting dengan mendapatkan keputusan positif.

Imej serta maruah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Asia pastinya menjadi pertimbangan utama menyaksikan Al Ain mengikat perjanjian jangka masa pendek dengan penjaga gol berpengalaman Portugal, Rui Patricio.

“Al-Ain menandatangani Rui Patricio untuk mengambil bahagian di Piala Dunia Kelab 2025,” menurut kenyataan rasmi Al-Ain.

Kemaraan ke Piala Dunia Kelab 2025 selaku juara Liga Juara-Juara Asia 2023/24 menghadirkan impak besar dan menandakan satu lagi detik bermakna dalam sejarah kelab serta arena sukan di UAE.

Ia juga simbolik kepada perkembangan sukan di negara itu, namun belum ada jawapan kukuh untuk menggambarkan peluang Al-Ain untuk mara lebih jauh.

Ketua jurulatihnya, Vladimir Ivic dijangka mengambil risiko untuk bermain secara terbuka bagi membuka ruang kepada jentera serangannya untuk merobek gawang lawan.

Untuk melaksanakan tugasan menyerang, kelibat Kodjo Fo-Doh Laba dan Soufiane Rahimi bakal menjadi sandaran utama, namun ia akan mendedahkan barisan pertahanan dalam situasi bahaya.

KUMPULAN G

Pasukan: Al-Ain (UAE)

Gelaran: Al Zaeem

Jurulatih: Vladimir Ivic

Kapten: Bandar Al-Ahbabi

Tiket kelayakan: Juara Liga Juara-Juara Asia 2023/24

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI