JAKARTA – Sepasang pengantin baru mengundang perhatian orang ramai apabila melangsungkan majlis perkahwinan di tepi landasan kereta api, lapor portal berita Wolipop.
Kejadian berlaku di Surabaya, wilayah Jawa Timur, baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jklensa menunjukkan beberapa buah khemah dan pelamin diletakkan bersebelahan landasan kereta api.
Semasa bergambar, orang ramai bergegas menjarakkan diri mereka apabila kereta api melintas.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kalau terlanggar ‘automatik’ masuk alam lain,” kata seorang netizen.
“Definisi sebenar jurukamera bertaruh nyawa,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI