fbpx

Penduduk terkejut daging korban ada nama pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan nama panjang yang tertera pada paru-paru lembu. - beritatangsel

JAKARTA – Penduduk di Tangerang, wilayah Banten terkejut apabila menemui tulisan berupa nama panjang pada seketul daging lembu korban, lapor portal berita Lambe Turah. 

Penemuan berlaku semasa proses penyembelihan haiwan di Masjid Al-Ikhlas dekat daerah Pondok Aren kelmarin. 

Ketua Masjid Al-Ikhlas dikenali sebagai Suhada berkata, nama tersebut dimiliki salah seorang penduduk tempatan yang menyedekahkan lembu itu untuk tujuan ibadah korban. 

“Kejadian itu benar-benar berlaku. Nama panjang yang tertera pada potongan daging adalah Muhammad Mustofa bin Jalal Sayuti. 

“Setelah disemak oleh pentadbir masjid, ternyata tulisan itu memang wujud pada paru-paru lembu dan bukan buatan manusia. 

“Kita cuba padakan tulisan itu dengan tulisan jawatankuasa tetapi tiada yang serupa,” kata Suhada. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok mencatatkan lebih 120,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya tak percaya. Dakwatnya luntur,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI