fbpx

Nahas UPSI: Pemandu Perodua Alza, anak 2 tahun dibenar keluar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Alza yang terlibat nahas dengan bas membawa penuntut UPSI di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik, Perak awal pagi ini.

BALING – Pemandu Perodua Alza yang terlibat nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik, Perak dibenarkan keluar dari Hospital Baling, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, salah seorang anaknya yang berusia dua tahun turut dibenarkan keluar selepas menerima rawatan di hospital sama.

“Pihak Hospital Baling memaklumkan pemandu berusia 37 tahun dan anak lelakinya itu telah menerima rawatan dan dibenarkan keluar wad hari ini.

“Walau bagaimanapun, isterinya berusia 36 tahun dan anak perempuan berusia enam tahun masih menerima rawatan di hospital tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, keadaan dua beranak terbabit dilaporkan stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI