fbpx

Nahas UPSI: Pelajar dakwa lihat pemandu ‘marah’ sebelum bas terhuyung-hayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA daripada lima pelajar UPSI yang menerima rawatan di Hospital Gerik.

GERIK – Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terselamat dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding di sini pagi tadi mendakwa bas yang dinaiki dipandu laju sebelum terbalik di bahu jalan.

Farhana Ab Aziz, 23, mendakwa, sebelum kejadian berlaku, dia yang cedera dalam kemalangan itu terdengar bunyi bising dari arah tempat pemandu dan melihat lelaki tersebut seperti sedang marah.

Katanya, beberapa penumpang yang tidak tidur ada menjenguk bagi mengetahui apa yang berlaku sebelum bas tersebut bergerak dalam keadaan terhuyung-hayang.

“Semasa bas bergerak dari Jerteh, saya tidur dan tersedar kira-kira pukul 12.45 tengah malam. Ketika itu saya lihat pemandu bas marah-marah, tapi saya tidak tahu dia marah siapa.

“Ketika itu bas dipandu laju dan terhuyung-hayang sebelum terbalik. Masa itu saya cepat-cepat bangun untuk keluar, saya takut terpijak kawan-kawan lain,” katanya ketika ditemui di Hospital Gerik di sini hari ini.

Sementara itu, Rohadatul Aisy Mohd. Zaki, 20, pula berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata sebaik sahaja dia dikejutkan oleh rakan yang memberitahu bas tersebut dipandu laju.

Katanya, dia yang tercampak di laluan tengah bas cuba untuk keluar menyelamatkan diri, namun sukar ekoran keadaannya yang tidak mampu bergerak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI