fbpx
Jenazah 13 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat dekat Tasik Banding di Gerik dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju Masjid Hadhari Jerteh di Terengganu hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Nahas UPSI: Konvoi van jenazah 13 pelajar bergerak ke Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seramai 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli berhampiran Tasik Banding hari ini dihantar pulang ke Terengganu malam ini.

Kesemua jenazah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira pukul 8.55 malam tadi.

Difahamkan, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Hadhari, Jerteh, Besut, Terengganu sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Konvoi van jenazah itu bergerak serentak dari HRPB dengan diiringi beberapa kenderaan polis melalui laluan Ipoh-Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang sebelum tiba di Jerteh.

Perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira lima jam setengah dan dijangka tiba di masjid tersebut sekitar pukul 2 pagi.

Masjid Hadhari merupakan lokasi pertemuan para pelajar sebelum mereka menaiki bas untuk pulang ke UPSI di Tanjung Malim selepas cuti Hari Raya Aidiladha, kira-kira pukul 9 malam, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI