fbpx

Nahas UPSI: Ketupat, rendang ditemui di lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang milik pelajar UPSI yang ditemui di lokasi nahas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, awal pagi tadi. - Foto FADZIL ZAINOL / KOSMO!

PETALING JAYA – Ketupat dan rendang menjadi saksi bisu kemalangan melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Perodua Alza yang meragut 15 nyawa di Gerik, Perak awal pagi tadi.

Juadah raya itu merupakan antara barangan yang dibawa oleh pelajar universiti berkenaan untuk pulang ke kampus mereka di Tanjung Malim.

Ketika kejadian, bas tersebut membawa lebih 40 pelajar dalam perjalanan dari dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim.

Selain ketupat dan rendang, antara barangan peribadi lain yang berselerakan di dalam bas adalah wang kertas dan bekas minuman.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan membabitkan bas membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik awal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan 33 yang lain cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik dan Hospital Baling, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI