fbpx

Nahas UPSI: Kerajaan jamin siasatan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar bercakap kepada pemberita di Hospital Gerik hari ini.

GERIK – Kerajaan memberi jaminan siasatan kes kemalangan maut membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding di sini hari ini, akan dijalankan secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, buat masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan secara terpecinci berkaitan kes itu bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Oleh kerana siasatan sedang dibuat, saya berharap tidak ada sebarang spekulasi atau andaian yang tidak betul dibuat terutama komen dalam media sosial.

“Sebarang spekulasi tidak benar dibimbangi akan mengganggu siasatan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Gerik di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan meminta mereka serta orang ramai bersabar.

Dalam kejadian antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi itu, 13 pelajar UPSI berusia antara 21 hingga 23 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.

Kejadian berlaku ketika bas yang dalam perjalanan dari Jertih ke kampus UPSI di Tanjung Malim itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI