fbpx

Nahas UPSI: Kami harap dia ada lagi – Abang mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Muhammad Adib (tiga dari kanan) bersama keluarga ketika majlis tamat latihan Suksis kakaknya sebelum ini.

GERIK – Harapan seorang abang untuk melihat adiknya terselamat hancur berkecai apabila dia diberitahu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu antara 15 orang yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding di sini hari ini.

Muhammad Aiman Hazman Halim, 32, berkata, dia yang bergegas ke Hospital Gerik tidak tahu keadaan sebenar Muhammad Adib, 21, dan hanya berharap dapat bertemu lelaki itu.

“Dalam senarai nama yang tular, tiada nama pelajar yang meninggal dunia. Jadi, kami datang dengan harapan dia ada lagi dan sempat untuk kami jumpa. Tapi bila sampai di sini kami diminta datang ke Unit Forensik untuk pengecaman jenazah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik di sini hari ini.

Menurut Muhammad Aiman, dia mengetahui berita mengenai kemalangan itu melalui media sosial dan selepas diperiksa, adiknya berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Sebelum kejadian umi ada ambil gambar bas yang dinaiki arwah dan kongsi dalam ‘group’, jadi bila gambar bas itu tular, kami tahu adik terlibat dalam nahas itu,” katanya.

Sementara itu, berkongsi cerita, Muhammad Aiman berkata, adiknya itu sempat membuat kejutan istimewa sempena hari kelahiran ibu mereka yang disambut semalam.

“Jambangan bunga daripada wang kertas itu dihasilkan sendiri oleh Adib sebab dia pun memang suka menghasilkan gubahan. Ketika kakaknya tamat latihan Suksis pun dia berikan gubahan yang sama. Dari segi sikap, arwah memang seorang adik yang baik dan disayangi adik-beradik. Dia juga seorang hafiz al-quran dan sering menyertai tilawah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI