fbpx

Nahas UPSI: Jenazah Muhammad Adib Hazim selamat disolatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai hampir 300 jemaah menghadiri solat jenazah Muhamamd Adib Hazim di Masjid Hadhari, Jertih, Besut malam ini.

BESUT – Jenazah Muhammad Adib Hazim Halim yang merupakan salah seorang mangsa nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terawal tiba di Masjid Hadhari di sini sebentar tadi.

Van yang membawa jenazah Muhammad Adib Hazim, 21, tiba di pekarangan masjid tersebut pada pukul 10.45 malam.

Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Gerik, Perak setelah urusan bedah siasat selesai.

Jenazah pelajar tersebut kemudiannya disolatkan hampir 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan masyarakat setempat.

Sejurus kemudian, jenazah Muhammad Adib Hazim terus dibawa untuk dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini.

Sementara itu, jenazah Wan Nur Suhaila Wan Mohammad pula dijangka dibawa terus ke kampung halamannya di Kampung Amer di sini.

Baki 13 jenazah pelajar UPSI yang turut terkorban dalam nahas terbabit pula dijangka tiba di Masjid Hadhari pada awal pagi nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI