fbpx

Nahas UPSI: Huffaz al-Quran antara terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Farid menunjukkan gambar kenangan adiknya, Nurly Shahirah bersama ibubapa mereka ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Jabi, Besut hari ini.

BESUT – Hajat Nurly Shahirah Azman, 23, untuk menjadi guru pendidikan khas tidak kesampaian apabila pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) antara yang terkorban dalam nahas melibatkan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi ini.

Abang mangsa, Mohd. Farid Firdaus Azman, 36, berkata, adik bongsunya yang merupakan seorang huffaz al-Quran memang bercita-cita untuk menjadi pendidik sejak kecil.

“Adik (Nurly Shahirah) sepatutnya menjalani latihan praktikum pada bulan Ogos depan.

“Pemergiannya amat mengejutkan. Baru malam tadi (kelmarin), kami menghantarnya menaiki bas,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Pasir, Jabi di sini hari ini.

Mohd. Farid berkata,Nurly Shahirah yang menghafal 30 juzuk al-Quran menjadikan mengaji kitab suci itu amalannya setiap malam.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya sewaktu hendak menuntut ilmu. Ayah dan ibu akan membawa pulang jenazah adik untuk dikebumikan di kampung halaman kami,” katanya.

Seorang lagi abang mangsa, Mohd. Najmuddin pula mengetahui berita kemalangan menimpa adik bongsunya sewaktu sedang melalui jalan sama yang dilalui bas ditimpa kemalangan tersebut untuk pulang ke rumahnya di Kajang, Selangor.

Katanya, hatinya luluh apabila pengurusan Hospital Gerik mengesahkan Nurly Shahirah antara mangsa terkorban dalam tragedi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI