fbpx

Nahas UPSI: Agong, Permaisuri ucap takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang membawa pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan, seramai 15 individu dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah bas dan MPV di Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Siasatan awal polis mendapati bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan 15 pelajar UPSI merempuh belakang sebuah kereta jenis Perodua Alza sebelum hilang kawalan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, keadaan lokasi kejadian di Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik itu agak berliku, menurun dan gelap yang mengundang pelbagai kemungkinan punca kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI