fbpx

Nahas UPSI: ‘Adik sempat masak mi celup untuk kami sekeluarga makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Sham (kiri) ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik hari ini.

GERIK – Salah seorang mangsa kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Tasik Banding di sini pagi tadi, Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, sempat memasak mi celup untuk dinikmati ahli keluarganya.

Abang mangsa, Wan Muhammad Sham, 31, berkata, adiknya yang merupakan pelajar semester keempat jurusan sastera di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu merupakan seorang yang ceria serta peramah.

Bahkan, dia berkata, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan sikap sebelum kejadian yang meragut nyawa adiknya itu berlaku awal pagi tadi.

“Adik balik ke kampung sempena Aidiladha dan kali ini kesemua sembilan adik-beradik balik beraya di kampung.

“Adik masak mi celup untuk kami semua sekeluarga makan sebelum dia pulang semua ke Tanjung Malim,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gerik di sini hari ini.

Wan Muhammad Sham berkata, dia menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut kira-kira pukul 3.30 pagi tadi daripada ibunya dan segera ke Hospital Gerik bersama ahli keluarga yang lain.

“Semasa menerima berita kemalangan itu kami tidak tahu lagi keadaan adik tetapi
apabila sampai di hospital baru dapat tahu dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Media hari melaporkan sebuah bas dinaiki 42 orang pelajar UPSI terlibat kemalangan dengan sebuah Perodua Alza di JRTB awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI