fbpx

Nahas pelajar UPSI: Talian hotline, bantuan penginapan untuk keluarga mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas membawa pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan terbabit. - Foto FADZIL ZAINOL/ KOSMO!

PETALING JAYA – Bantuan penginapan untuk keluarga mangsa nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi tadi sedang dikoordinasi oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama Politeknik Ungku Omar dan Kolej Komuniti Gerik.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, UPSI juga telah menubuhkan bilik gerakan berserta talian hotline.

“Seramai 15 orang telah disahkan meninggal dunia dengan 13 jenazah dibawa ke Hospital Ipoh untuk urusan bedah siasat. Dua jenazah sedang urusan bedah siasat di Hospital Gerik.

“Baki mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gerik. Akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik, pagi tadi.

Difahamkan bas itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu.

Dalam pada itu, Zambry berkata, beliau kini dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk bertemu dengan keluarga mangsa dan memohon semua pihak mendoakan segala urusan mangsa dipermudahkan.

“Kepada semua keluarga terlibat semoga diberi kekuatan dan ketabahan. Insya-Allah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UPSI sendiri telah menggerakkan apa jua bentuk bantuan untuk diberikan kepada semua yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI