fbpx

Nahas UPSI: JKR diarah bantu siasatan kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang membawa pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan di Gerik awal pagi tadi. - Foto FADZIL ZAINOL / KOSMO!

PETALING JAYA – Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak konsesi penyelenggaraan akan memberi kerjasama terhadap siasatan kemalangan jalan raya yang mengorbankan sejumlah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerjasama itu termasuk bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa.

“Saya memohon jasa baik orang ramai untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat berjalan dengan lancar dan menyeluruh.

“Saya dan seluruh pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memantau perkembangan siasatan ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dan keselamatan awam terjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi ini.

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu.

Terdahulu, Alexander berkata, beliau menerima berita kemalangan tragis itu dengan rasa amat sedih serta dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban.

“Kehilangan 15 nyawa muda bakal pendidik negara adalah satu tragedi besar kepada negara. Saya juga berdoa agar semua mangsa yang cedera diberikan kesembuhan segera,” katanya.

Tambahnya, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bertindak pantas dan penuh dedikasi sejak awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI