fbpx

Lelaki warga emas hilang ketika menjala ikan di Sungai Batang Kayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot mangsa yang dijumpai di tebing Sungai Batang Kayan.

LUNDU – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menjala ikan di Sungai Batang Kayan, berhampiran Kampung Sileng di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang berusia 74 tahun.

“Mangsa dilapor hilang apabila penduduk yang melalui sungai tersebut menjumpai bot mangsa berpusing dan melanggar tebing sungai namun mangsa tiada di dalam bot.

“Mangsa dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI