fbpx

Lelaki maut langgar tembok batu, tercampak sebelum jatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Aidil yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit Unas, Jalan Temenggung Ahmad, Muar pagi hari ini.

MUAR – Seorang penunggang motosikal Yamaha 135LC maut selepas terlibat dalam nahas di Jalan Parit Unas, Jalan Temenggung Ahmad di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 pagi itu, mangsa, Muhammad Aidil Rahman, 21, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepada dan badan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya dari arah Bandar Musr ke Parit Jawa.

Mangsa merupakan seorang pekerja swasta dan beralamat di Taman Industri Sri Sulong, Parit Sulong, Batu Pahat.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa dikatakan hilang kawalan lalu merempuh tembok batu dan tiang lampu yang berada di kiri bahu jalan.

“Akibat pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak sebelum melanggar papan tanda nama jalan dan terjatuh ke dalam parit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI