fbpx

Kisah gajah, nahas FRU, kini giliran bas UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga tragedi yang meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

PETALING JAYA – Malaysia kembali dikejutkan dengan satu lagi tragedi menyayat hati apabila sebuah bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang membawa 42 pelajar terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.

Insiden sekitar pukul 1 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan difahamkam dalam perjalanan pulang ke kampus Universiti di Tanjung Malim, Perak dari Jertih, Terengganu.

Seramai 15 pelajar disahkan meninggal dunia, manakala selebihnya mengalami kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan susulan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tragedi ini hadir tidak lama selepas dua peristiwa hitam yang masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia membabitkan kematian anak gajah dilanggar sebuah lori ayam serta nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada bulan lalu sehingga meragut nyawa sembilan anggota.

Tiga kejadian besar dalam tempoh kurang dua bulan ini, semuanya melibatkan kehilangan nyawa dan mengundang rasa hiba dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Baru saja kami bersedih atas pemergian anak gajah, wira-wira FRU, kini kami dikejutkan pula dengan berita kematian pelajar UPSI. Negara ini benar-benar dalam tempoh berkabung yang panjang,” luah Adilia.

“Kita telah kehilangan wira di jalanan, pejuang pendidikan, dan masa depan negara. Semoga Allah merahmati mereka, dan semoga tragedi ini membuka mata semua pihak agar nyawa tidak lagi menjadi korban kelalaian,” kata Asyikin Nuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI