fbpx

Jalan naik gunung sesak teruk ketika cuti Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan tidak bergerak dalam kesesakan selama dua jam. - Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kesesakan teruk di sepanjang jalan menuju ke Gunung Bromo di wilayah Jawa Timur, lapor laman berita iNews hari ini.

Dalam video tersebut, sejumlah jip dan motosikal dilihat langsung tidak bergerak di kawasan Taman Negara Bromo Tengger Semeru.

Disebabkan kesesakan teruk selama dua jam itu, sebilangan pelancong turun daripada kenderaan untuk berjalan kaki.

Seorang pemandu pelancong Gunung Bromo, Ahnaf Lentera Jagad berkata, keadaan itu berlaku pada hari kedua cuti umum Aidiladha.

“Ia adalah pemandangan biasa ketika musim cuti umum yang panjang. 

“Kalau ulang alik dari Malang Bromo, ia mengambil masa antara dua hingga 3 jam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Data Penilaian Perhubungan Awam Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Hendra mengesahkan berlakunya kesesakan kerana penambahan kuota harian maksimum.

“Kuota harian biasa adalah 2,752 pelancong sehari. 

“Kebiasaannya, pada cuti hujung minggu yang panjang, kunjungan pelancong ke Bromo dan sekitarnya sesak dengan pengunjung,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI