fbpx

Bergaduh sebab saling memotong sampai acu pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu van mengacukan objek menyerupai pistol ketika bergaduh di tepi jalan. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi pergaduhan antara dua pemandu berdekatan plaza tol sehingga melibatkan senjata api, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Tol Cipularang, kilometer 95 arah Bandung di Purwakarta, wilayah Jawa Barat, kelmarin.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam), pergaduhan itu melibatkan pemandu van Daihatsu Gran Max dengan pemandu kereta yang memiliki ‘dashcam’.

Kedua-dua kenderaan itu berhenti di tepi jalan sebelum pemandunya keluar dari kereta.

Mereka dilihat saling bertekak sebelum pemandu Gran Max kembali ke dalam kenderaannya lalu mengacukan objek menyerupai pistol ke arah pemilik kereta.

Pemandu kereta kemudian berundur sebelum masuk ke dalam kenderaannya dan melarikan diri dari lokasi kejadian.

Difahamkan, pergaduhan itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua pemandu yang saling memotong di jalan.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasaan Undang-undang Kor Trafik Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Faizal berkata, pasukannya sedang mengumpul maklumat mengenai insiden tersebut.

Namun katanya, polis belum menerima sebarang laporan rasmi daripada pihak terlibat berhubung kejadian itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI