JAKARTA – Dua remaja lelaki menerima kecaman orang ramai selepas merakam diri mereka berjoget ketika berlaku kebakaran di sebuah kejiranan di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bandung_hari ini memaparkan beberapa buah rumah dijilat api dengan asap tebal menyelubungi ruang udara.
Ketika anggota-anggota bomba bergelut memadamkan api, dua remaja terbabit melakukan tarian popular TikTok.
Rakaman itu mencatatkan lebih 31,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Orang tengah berduka, sibuk hendak menari,” kata seorang netizen.
“Gen Z tak ada otak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI