fbpx

Warga emas hilang ditemukan keletihan atas bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORMAH ditemukan di atas bukit berhampiran rumahnya di Kampung Tembak B dalam mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil di Baling petang ini.

BALING – Wanita warga emas yang hilang sejak Khamis lalu ditemukan dalam keadaan keletihan tanpa sebarang kecederaan di atas bukit dekat rumahnya di Kampung Tembak B dalam mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, di sini kira-kira pukul 3.53 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, Normah Wateh, 60, ditemui oleh penduduk kampung dan kemudian dipujuk ahli keluarganya untuk dibawa turun dari bukit sebelum diberi makanan kerana kelaparan.

“Jarak dari rumah mangsa dengan bukit tersebut adalah kira-kira 1.5 kilometer. Pihak keluarga akan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan seorang wanita warga emas yang mengalami masalah kemurungan dan skizofrenia dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tembak B dalam mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, di sini sejak tiga hari lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI