fbpx

[VIDEO] Pemandu lalok sebabkan kemalangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Honda City dan kereta Proton Saga selepas berlaku perlanggaran di Jalan Jaya, Kluang pada Jumaat.

KLUANG – Seorang lelaki yang menyebabkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan ditahan selepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Sebelum itu, tular di media sosial sebuah kereta jenis Honda City memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan pelanggaran dengan kereta Proton Saga di Jalan Jaya di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak teruk di bahagian hadapan.

Katanya, ekoran kejadian itu, pemandu Proton Saga berusia 36 tahun luka di tangan dan badan, manakala suspek berusia 40 tahun pula tidak cedera.

“Suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kluang bagi menjalani ujian saringan air kencing.

“Lelaki itu positif methamphetamine dan semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod termasuk tiga kes dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu peribadi itu ditahan pada pukul 6.30 petang hari yang sama untuk siasatan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI