PETALING JAYA – Seekor lembu yang dipercayai akan dikorbankan sempena sambutan Aidiladha mencuri perhatian di media sosial apabila dilihat menitiskan air mata sebelum disembelih.
Rakaman video yang dikongsi pengguna TikTok, @Azillabella menunjukkan lembu berkenaan seolah-olah menangis ketika menunggu gilirannya untuk dikorbankan, sekali gus mengundang rasa sayu dalam kalangan netizen.
“Menangis bukan takut dikorbankan tapi menangis bahagia terpilih untuk dikorbankan.
“Kita yang sedih melihat haiwan tanpa akal ini menangis,” katanya dalam klip berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai berpendapat bahawa haiwan tersebut menitiskan air mata kerana terharu apabila terpilih untuk menjadi korban.
“Haiwan korban ini menangis bukan kerana sedih, tapi dia (lembu) menangis bahagia kerana syurga sedang menantinya,” komen Kamal Shah.
“Menangis kerana meninggalkan sifat dunia yang sementara dan bergembira terpilih untuk dikorbankan dihari yg mulia ini hari raya korban,” ujar Seputih.
“Hanya lembu ini sahaja faham apa dia yang dirasakan. Sama ada sedih ke gembira ke, syukur atau tidak,” balas Haniezuhanie. – KOSMO! ONLINE
@azilabellaa Assalamualaikum,haiwan taat kepada Allah s.w.t dan menuruti perintah maha esa🥺🥺 #korban2025 #harirayaaidiladha #raya2025 ♬ Gema Takbir Idul Adha – دحية الكلبي