fbpx

[VIDEO] Kasihan Jojo, suara sudah tersekat-sekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johan (kiri) ketika menentang Diego (kanan) dalam aksi One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, malam tadi.

PETALING JAYA – Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo gagal menahan emosi apabila tewas dalam aksi One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand malam tadi.

Dalam nada sebak, Johan, 19, menyifatkan kekalahannya sebagai lumrah dalam perlawanan sukan dan enggan mengulas lanjut mengenai pertarungannya menentang wakil Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez.

“Jojo tidak mahu bagi alasan banyak, ingin ucapkan terima kasih semua dan jumpa dekat fight (perlawanan) akan datang,” katanya dalam satu wawancara.

Kekalahan itu merupakan yang kedua berturut-turut buat Johan dalam kategori ‘flyweight’ selepas tewas menerusi keputusan ‘split decision’ setelah mengharungi tiga pusingan sengit.

Meskipun kecewa, majoriti penyokong sukan muay thai tetap memberikan sokongan padu kepada Johan.

Mereka juga berharap remaja tersebut dapat bangkit semula lebih kuat dalam perlawanan yang akan datang. – KOSMO! ONLINE

@kasipanasofficial 7/6/2025 : Comeback Stronger Johan “JoJo” Ghazali, Ini Bukanlah Akhir Malah Baru Sahaja Bermula Awak Masih Muda💪🏻🇲🇾🔥. @JohanGhazaliMuaythai #kasipanasofficial #muaythai #thailand #muaythaimalaysia #onechampionship #bulanbintang #muaythaiclub #muaythaiusa #kahf #blancofragrance #nateskin ♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI