fbpx

Tiada jet peribadi, perjalanan sama seperti jemaah haji lain – Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah dan suami bergambar di hadapan tempat tinggal mereka berdekatan kawasan khemah warga Malaysia di Mina.

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan beliau dan suami, Yin Shao Loong mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci menggunakan pakej mewah termasuk jet peribadi.

Menerusi hantaran Facebook, Nurul Izzah menjelaskan, rukun Islam kelima yang ditunaikan bersama suami sebaliknya menggunakan penerbangan komersial selain wang simpanan sendiri.

Katanya, banyak hantaran dan mesej berkaitan fitnah telah dikirim kepadanya berkait perjalanan mengerjakan ibadah tersebut.

“Apabila ada sesuatu tidak benar tersebar begitu jauh daripada hakikat sebenar, maka ia perlu diperbetulkan. Syukur alhamdulillah, saya dan suami berpeluang menunaikan ibadah haji sebagai tetamu Allah SWT melalui visa mujamalah.

“Urusan logistik, termasuk tempat tinggal dan pengangkutan, diatur oleh agensi pelancongan berlesen, Mimm Travel. Menaiki penerbangan komersial dan menggunakan wang simpanan sendiri.

“Tiada jet peribadi seperti yang difitnah. Perjalanan dilakukan sama seperti jutaan jemaah haji yang lain,” katanya hari ini.

Nurul Izzah berkata, beliau dan suami juga sempat menghadiri sesi ilmu bersama ulama seperti Sheikh Dr. Omar Suleiman, Dr. Tahir Wyatt dan Ustaz Dr. Mohd. Amirul Hassan Ahmaf Tajuddin sewaktu di Madinah.

“Suatu pengalaman yang sangat menyentuh hati. Paling bermakna, dapat melaksanakan ibadah haji bersama suami, khususnya di Arafah, tempat di mana Allah SWT menurunkan ayat ke-3, Surah al-Maidah yang memberitahu bahawa Allah SWT telah menyempurnakan agama kita,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, dalam berbeza pandangan dan bertarung dalam medan politik di dunia, ibadah tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan tohmahan dan fitnah.

“Biarlah kita saling mendoakan, semoga Allah SWT mengurniakan rezeki dan peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk menjadi tetamu-Nya dalam keadaan yang dimudahkan, diterima amal dan dijauhkan daripada fitnah manusia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI