fbpx

Semua pesawat yang dibina boleh hadapi kilat – Juruterbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Tuan, kilat ni bahaya tak pada pesawat?”

Itulah antara soalan yang sering diterima Juruterbang, Mohd Ezairol Rezan Zainol untuk dijelaskan mengenai fakta teknikal berkaitan dunia penerbangan.

Mohd Ezairol sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi penjelasan menarik tentang bagaimana kilat memberi kesan kepada pesawat serta tahap keselamatan yang telah diambil oleh industri penerbangan dalam menangani fenomena ini.

Menerusi catatan di Facebook, beliau memberitahu semua pesawat yang dibina dan direka bentuk boleh menghadapi sambaran kilat.

“Atas kemajuan teknologi, pesawat direka dengan mengambil kira masalah kilat di udara agar para penumpang di dalamnya dilindungi dengan baik dan tidak menjejaskan sistem avionik yang terdapat di dalam kokpit.

“Apabila sebuah pesawat itu terkena kilat, elektrik yang terhasil akan mengalir di sepanjang kulit logam luar pesawat dan akan keluar dengan selamat, biasanya di bahagian ekor,” katanya.

Namun begitu, Mohd Ezairol turut mengingatkan bahawa tidak semua boleh dijangka dengan tepat kerana dalam kes yang jarang berlaku, jika terdapat titik lemah (weak spot) pada badan pesawat atau saluran pengaliran elektrik terganggu, kerosakan fizikal boleh terjadi.

“Teori dan praktikal kadangkala boleh berbeza. Semuanya atas takdir dan kehendak Tuhan. Kun faya kun.

“Kerosakan seperti itu bermakna pesawat memerlukan pemeriksaan secara teliti dan pembaikan sepenuhnya perlu dilakukan sebelum ia boleh dibenarkan untuk terbang semula,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI