fbpx

‘Saya tak faham, kenapa haiwan dibela kemudian disembelih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan model Thanuja Ananthan mengakui terkesan melihat haiwan disembelih setiap kali musim Hari Raya Aidiladha.

Bagaimanapun, Thanuja, 40, menghormati perayaan umat Islam yang harus mengorbankan kambing, lembu, kerbau atau unta.

“Setiap tahun bila tiba Aidiladha, saya rasa sangat sedih melihat lembu dan kambing disembelih.

Bila tengok video mereka, terutamanya bila mereka menangis, hati saya rasa hancur tengok mata mereka. Saya rasa kasihan sangat pada mereka.

“Saya faham ini adalah satu perayaan dan saya tak berniat nak kurang ajar, tapi saya tidak dapat tahan rasa sedih kepada lembu dan kambing,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, bekas Miss World Malaysia 2009 terpaksa berhenti menghabiskan masa di media sosial buat masa ini kerana tak sanggup melihat haiwan disembelih.

Kenapa perlu dibesarkan, kemudian disembelih? Saya tak boleh nak faham, walau macam mana saya cuba.

“Dah macam anak sendiri. Jadi macam haiwan peliharaan. Haiwan itu pun tak akan faham, sebab itu mereka menangis.

“Hari ini saya rasa perlu jauhkan diri dari media sosial. Terlalu banyak video penyembelihan. Hati saya tak mampu tengok lagi,” ujarnya lagi.

Thanuja turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang Muslim yang menerangkan tentang ibadah tersebut dengan tenang tanpa perlu melenting.

“Terima kasih kepada semua saudara Muslim saya di sini (Threads) yang meluangkan masa untuk bersikap baik dan sabar dengan apa yang saya rasa hari ini.

“Anda semua sangat sabar menerangkan dan mendidik saya dari pelbagai sudut pandangan.

“Saya sangat menghargai dan menghormati semua pendapat anda. Terima kasih, semua. Hanya kasih sayang dan niat yang baik sentiasa,” jelasnya.

Dalam hantaran tersebut, ramai masyrakat Melayu tampil menjelaskan tentang kebaikan mengadakan ibadah korban.

Rata-rata memaklumkan bahawa penyembelihan haiwan dibuat bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT yang memerintahkan ibadah korban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI