KAMPAR – Seorang lelaki maut selepas terlanggar seekor anjing dalam kemalangan di Jalan Malim Nawar – Kota Bharu di sini pada pukul 7.35 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa, Mohd Safaril Mohamed Anuar yang berumur 42 tahun dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke tempat kerja di sebuah kilang simen di Kota Bharu.
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor anjing yang melintas dari kiri ke kanan jalan sebelum terbabas menyebabkannya maut di lokasi kejadian.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE