fbpx

EPL: Gyokeres enggan peduli status Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GYOKERES dilapor tidak terkesan dengan kegagalan United beraksi di pentas Eropah musim depan dan terbuka untuk ke Old Trafford. - AFP

LONDON – Manchester United mungkin mendapat suntikan semangat dalam usaha membawa lebih ramai pemain berkualiti selepas seorang lagi pemain idaman mereka menyatakan minat untuk ke Old Trafford.

Skuad kendalian Ruben Amorim sudah mengenal pasti masalah utama mereka sehingga menjejaskan reputasi pasukan musim lalu apabila berdepan isu ketumpulan jentera serangan menyebabkan pemain di posisi berkenaan adalah keutamaan.

Perkembangan itu menyebabkan penggempur Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres dikatakan menjadi salah seorang pemain buruan terutama ketika dia juga dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan Amorim ketika mengemudi pasukan itu sebelum ini.

Biarpun sudah berjaya mendapatkan khidmat Matheus Cunha dan semakin hampir untuk menandatangani Bryan Mbeumo dari Brentford, United mahu menambah kekuatan mereka dengan membawa masuk penyerang tulen.

Selepas usaha mendapatkan penggempur Ipswich Town, Liam Delap gagal selepas memilih menyertai Chelsea, United kembali memberikan perhatian terhadap Gyokeres, malah pemain antarabangsa Sweden itu juga seakan memberikan lampu hijau.

Gyokeres mengakui dia tidak keberatan untuk menyertai United biarpun pasukan itu tidak akan beraksi di pentas Eropah musim depan kerana mengambil kira hubungannya bersama Amorim yang berjaya mengubah prestasinya.

Bagaimanapun, United perlu menyediakan dana sehingga £59 juta (RM338.68 juta) untuk meyakinkan Sporting untuk melepaskan bintang mereka itu yang telah meledak 54 gol dalam 52 penampilan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI